Archive for 2017

DYXY Bccream Foundation boleh pilih kod Natural atau Beige!


posted by Unknown

4 comments

Haii.. haiii... haiii..

Nak tahu tak? Dyxy ni ada kod Natural dan Beige. So, kita boleh pilih 😊


.
🌹 BC CREAM FOUNDATION 🌹
.
BC CREAM adalah revolusi baru solekan dari KOREA yang menggabungkan BB CREAM + CONCEALER . Krim diformulasikan dengan MINERAL & EKSTRAK ARBUTIN yang dapat memberikan kesan warna tona yang sekata sekaligus membantu merawat kulit muka.
.
.
KELEBIHAN
🌹MAGIC FOUNDATION mampu menutup segala cela, jeragat dan parut diwajah
🌹SPF 50++ melindungi kulit muka dari sinaran UV
🌹KESAN 3D tidak perlu filters,meratakan tona warna kulit muka dan nampak natural
🌹TEKSTUR SEKATAN & MUDAH MERESAP ke dalam kulit serta jimat masa utk bersiap
🌹ANTI MINYAK tekstur krim yang unik ,tak berminyak dan tak melekit
🌹TAHAN LAMA tahan lebih dari 8 jam
🌹TEKSTUR RINGAN selesa bila dipakai dan tidak tebal
🌷Sesuai utk semua jenis kulit dan KULIT SENSITIF
.
.
KANDUNGAN
🌼MINERAL
🌼WATERBASED
🌼EKSTRAK ARBUTIN
🌼VITAMIN E
.
.
💐 Beige utk kulit cerah
💐 Natural utk kulit sederhana cerah
.
Da abis baca❓Mehla try 😘 Kita cantik samaII.
Berminat? Meh whatapps sis mehhh 0199939836 😘



#bccreamfoundation #bccream #bccreambydyana #dyxygreenteafacemist #putihkankulit #dyxybccream #hilangkanparut #dyxyfeedback #dyxytestimonials #promosimalaysia #kakishoppingonline #makeupartismalaysia #sayajualmakeup #dyxycheras #dyxyampang #visitmyigshop #teamfl #foundation #foundationmalaysia #sapotlokal #bazaarpaknil #sispakai #sisjual #mua -

DYXY brush gemok yang sangat lembut


posted by Unknown

No comments

Haii...haii..haii...

💕Ni sis nak bgtau kelebihan brush gemok DYXY ni 😍😍



💖KELEBIHAN BRUSH DYXY💖
✔Bulunya sintetik

✔xsama mcm brush lain
✔bulu2 dia x mudah tercabut
✔bulu lembut
✔cara nak guna hanya perlu dap dap je
✔bccream lebih jimat bila guna dyxy brush
✔lebih kurang mcm beauty blender tp versi brush


DYXY BRUSH😍
****** Sebagai pengetahuan, ada 2 jenis bristle yang digunakan pada brush.
BRISTLE adalah istilah " Bulu " untuk kuas.


SYNTETHIC BRISTLE
----------------
Disebut juga bulu sintetik & pastinya bukan dibuat dari bulu binatang...


Katerianya adalah :
🎈Dibuat daripada NYLON ( pada umumnya ) & TYLON ( contoh : Ecotools )
🎈Penampakkanye BERKILAT.
🎈Warnanya pelbagai.
🎈Perawatannya mudah kerana tidak menyerap pigmen @ air.
🎈Pengunaanya lebih sesuai untuk aplikasi makeup cair seperti foundation kerana tidak menyerap banyak cairan.
🎈Relatif lebih lembut. Tapi, Semakin LEMBUT Semakin MAHAL
.
Mehla try brush gemok 😘 Kita cantik samaII.
Berminat? Meh whatapps sis mehhh 0199939836 😘


#bccreamfoundation #bccream #bccreambydyana #dyxygreenteafacemist #putihkankulit #dyxybccream #hilangkanparut #dyxyfeedback #dyxytestimonials #promosimalaysia #kakishoppingonline #makeupartismalaysia #sayajualmakeup #dyxycheras #dyxyampang #visitmyigshop #teamfl #foundation #foundationmalaysia #sapotlokal #bazaarpaknil #sispakai #sisjual #mua -

DYXY Face Mist Green Tea memang terbaik!


posted by Unknown

No comments

As salam semua....Selamat Pagi...

Jom kita flawless dgn face mist green tea.. muka pun rasa fresh je 💕💕


Meh tgk kelebihannya : 😘 🍃 DYXY Face Mist 160ml++
.
🌏 MINERAL GREEN TEA 🍃 .
~ Melembapkan Muka sesuai utk kulit kering dan mengelupas
~ Effect Glowing serta merta
~ Bau Green Tea yang WANGI dan FRESH
~ Makeup Tahan lebih lama ( finishing spray )
~ Boleh dijadikan makeup based
~ Mengandungi zat mineral .
~ Membantu mengurangkan alahan pada muka sesuai utk muka sensitif
~ Membantu mengecutkan jerawat pada muka
~ Sesuai utk lelaki dan perempuan
~ Boleh digunakan bila2 masa

.
🍃 DYXY Face Mist Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit SENSITIF .
🍃 DYXY Face Mist Tahan 2-3 bulan ikut rutin pemakaian
.

!Cepat grab sementara stok masih ada!

Jom kita pakai DYXY. Tak pandang lain dah lepas ni.
Berminat? Nak try? Meh whatapps sis mehhh 0199939836 😘


#bccreamfoundation #bccream #bccreambydyana #dyxygreenteafacemist #putihkankulit #dyxybccream #hilangkanparut #dyxyfeedback #dyxytestimonials #promosimalaysia #kakishoppingonline #makeupartismalaysia #sayajualmakeup #dyxycheras #dyxyampang #visitmyigshop #teamfl #foundation #foundationmalaysia #sapotlokal #bazaarpaknil #sispakai #sisjual #mua -

DYXY Bccream foundation laku keras!


posted by Unknown

2 comments

As salam semua...

Hari ini sis nak review foundation yang sangatII buat sis falling in love.
Sis pakai dan sis jual :)




DYXY CHANNEL:
BACA & HADAMKAN :)
Q & A Mengenai DYXY BC CREAM Foundation


Q : DYXY BC CREAM ( BCC ) dari mana ?
A Branding Malaysia, Formula dari Korea.

Q : DYXY BC CREAM ( BCC ) packaging ?
A : Foundation + Span + cermin ( berat 15gram )
.

Q : DYXY BC CREAM ( BCC ) tekstur ?
A : Tekstur Unik mousse cream yang mudah resap pada kulit dan tidak melekit.
.

Q : :DYXY BC CREAM ( BCC ) bahan utama ?
A : Sheer butter , mineral , water based semua bahan anti radang ( sesuai utk kulit sensitif).
.

Q : DYXY BC CREAM ( BCC ) tahan berapa lama ?
A : Tahan LEBIH dari 8 jam TAK BERCAPUK walaupun berpeluh ( sgt sesuai untuk kulit berminyak)😍😍
.

See....banyak kebaikan tauuu 😍 Jom kita pakai DYXY. Kita cantik samaII. Berminat? Meh whatsapp sis mehhh 0199939836 😘


#bccreamfoundation #bccream #bccreambydyana #dyxygreenteafacemist #putihkankulit #dyxybccream #hilangkanparut #dyxyfeedback #dyxytestimonials #promosimalaysia #kakishoppingonline #makeupartismalaysia #sayajualmakeup #dyxycheras #dyxyampang #visitmyigshop #teamfl #foundation #foundationmalaysia #sapotlokal #bazaarpaknil #sispakai #sisjual #mua -





Undangan ke Majlis Perkahwinan lagi....


posted by Unknown

3 comments

As salam semua...

Hujung bulan 3 yang lalu, saya dijemput untuk menghadiri perkahwinan kawan sekolah lama. Kebetulan masa tu memang balik kampung di Kuantan. So, dapatla hadiri majlis perkahwinan wan...

Cantik sungguh pengantin. Seperti biasa la sesi bergambar dengan pengantin, itu memang perlu bagi setiap gegurl.. hikkkhikkhikk...



Di majlisII macam ni la baru akan ada jejak kasih dengan kawanII sekolah yang mana sudah tak lama bertemu.



Untuk Wan Kustina, Selamat Pengantin Baru.. semoga berbahagia till Jannah bersama suami tersayang. Amin...


Si kecil molek sudah kahwin!! :)


posted by Unknown

No comments

As salam semua.. haloooo...

BaruII ini 17 Mac (Jumaat) yang lalu, dengan sekali lafaz, sepupu sah bergelar isteri. Alhamdullilah...terbina sebuah lagi masjid.


Pengantin yang kecil molek orangnya.


Esoknya pula pada 18 Mac (Sabtu) majlis persandingan berlangsung..



Alhamdullilah, walaupun sepupu telah ketiadaan kedua ibubapa, semuanya mudah dan berjalan dengan lancar..

Pada petangnya, saya follow pengantin untuk outdoor dikawasan sawah padi.

Nak juga ber'OOTD' di sawah padi.. heheheee


Layan adikII sepupu bergambar... ada yg umur belasan tahun.. ada yang sudah 20-an..saya yang paling tua disitu.. 30-an.. huhuhuu




Apepun, buat memey.. jadi isteri yang baik & solehah.. buat eg, jagalah memey sebaik mungkin.. Moga masjid yang dibina dirahmati sentiasa dan berbahagia till jannah. Amin....












Jubahsouqlovers Gathering Vol.2


posted by Unknown

No comments

Haii... haiii... Haii..

Hari ini masih post cerita yang tersimpan dalam draft dari tahun lepas... hehehee

Cerita tentang saya join jubahsouqlovers gathering buat kali pertama pada 19 November 2016 bertempat Cabana Avenue, Kota Damansara.

Selepas pendaftaran, saya diberi tentatif program, selain itu, banyak jgak gift mereka sediakan antaranya dapat voucher, dapat member card dan pelbagai gift lagi. Memang tak rugi join JSlovers gathering ni, juga pelbagai aktiviti dan game disediakan.




Dapat kenalan baru bila join gathering ni... sebelah kanan saya, sorang PS jubahsouq yang terkenal iaitu ps sue dan sebelah kiri saya peminat tegar jslovers... heheee


Ini adalah admin jslovers yang berkerja kuat untuk menjayakan gathering kali ini... Admin yang sangatII sporting.. :)


Antara modelII yang mempromosikan keluaran jubahsouq terbaru. Terasa diri ini amat kerdil bila bergambar dengan modelII yang sangat cantik.

Walaupun, agak awkward pada mulanya, yalah..masa pergi tak kenal sesapa, tapi semuanya agak friendly dan memang seronokla. If ada lagi next time, nak join lagi.....In Sha Allah :)




Beraya sambil berjalan di Terengganu (Part2)


posted by Unknown

No comments

As salam semua.....

Pada hari 3, kami dirumah mak saudara, kami bercadang untuk berjalanII di China Town sebelum pulang ke Kuantan.

Sampai di China Town... Apalagi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar ditempatII yang menarik. Setiap lorong di China Town, mempunyai pelbagai lukisan grafik yang sangat menarik.

Fefeling betul bila bergambar... heheheee




Kesian vespa ni tak ada tayar depan dan lampu depan pecah.. kena curi atau angkara vandalism? hmmm...


Itu jela gambar yang nak ditunjukkan.. tak boleh upload banyakII sangat, nanti bosan plak korang tengok yea...Selesai bergambar, kami pergi ke pasar payang untuk membeli keropok dan pelbagai makanan disana untuk dibawa balik ke kuantan.

Itu sahaja coretan saya buat kali ini.. :)






Beraya sambil berjalanII di Terengganu


posted by Unknown

2 comments

As salam semua,

Hari ini saya masih post cerita yang tersimpan dalam draft.. heheee

Raya Haji tahun 2016, saya beraya di Terengganu dirumah mak saudara belah mama saya. Belah suami semua ipar-duai beraya dirumah mertua masingII memandangkan mak mertua dan ayah mertua saya tiada, mereka masih menunaikan haji disana.

Jadi, saya dan suami buat keputusan untuk ikut saudara-mara belah mama saya beraya di Terengganu. Kami bertolak pada petang hari dari Kuantan sehari sebelum raya dan lewat petang juga kami sampai di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Sampai je dirumah mak saudara di Terengganu, kami berehat dulu. Pada malamnya kami berjalanII di Dapo Pata yang famous dan menjadi bualan orang ramai. Agak menarik juga tempatnya, terdapat pelbagai geraiII disana.


Pada esok harinya, masingII bersiap untuk menyambut hari raya bersamaII, bagi yang lelaki mereka pergi menunaikan sembahyang raya. Kami yang perempuan membantu mak saudara menyediakan hidangan dipagi raya.

Setelah semua ada, kami berkumpul dan makan beramaiII.. memang seronok bila dapat berkumpul ramaiII.

Mengayakan jubah dari koleksi Jubahsouq :)

Berfotogedik bersama sepupu..heheee


Petangnya kami keluar berjalanII di Bandar Terengganu dan sempat singgah di Masjid Kristal.


Ini adalah sebahagian rombongan kami yang ke Terengganu.


Sambungan cerita untuk hari seterusnya bersambung di Part2 ok. :)










Jatuh hati dengan JUBAHSOUQ!


posted by Unknown

No comments

As salam,

Da masuk tahun 2017 da.. lama betul tak update blog.. Ada yang rindu tak kat blogger tenggelam timbul macam saya ni... hahhaaaa

Sebenarnya post ni dari tahun lepas lagi.. tapi memang lama betul bertapa dalam draft.. hari ni selongkarII blog, barulah nak post.. hehehee

Bermula dengan tahun 2015, saya mula tengok Instagram jubahsouq, rataII daripada pembeli & peminat tegar jubahsouq memang sukakan jenis material kain dari jubahsouq dan juga design jubahsouq yang nampak moden.

Saya mula rasa ingin mencuba dengan membeli sehelai, saya beli untuk pakai raya haji pada tahun 2015. Memang saya puas hati dan sangat selesa dipakai.

Sejak pada tu, saya mula beli jubah dari jubahsouq.

Antara koleksi yang ada :



Itupun ada lagi 3 helai yang belum pakai.. :p biasala perempuan ni.. masa beli rambang mata.. beli banyakII sampai tak sempat nak pakai... hehehee..

Bergaya dengan baju kurung dari jubahsouq untuk raya pada tahun 2016 :)


Cantikkan jubah dan baju kurung keluaran jubahsouq ni...Memang tak menyesal la beli banyakII dan boleh dipakai bilaII masa...ok. peace! :)