Archive for March 2017

Jubahsouqlovers Gathering Vol.2


posted by Unknown

No comments

Haii... haiii... Haii..

Hari ini masih post cerita yang tersimpan dalam draft dari tahun lepas... hehehee

Cerita tentang saya join jubahsouqlovers gathering buat kali pertama pada 19 November 2016 bertempat Cabana Avenue, Kota Damansara.

Selepas pendaftaran, saya diberi tentatif program, selain itu, banyak jgak gift mereka sediakan antaranya dapat voucher, dapat member card dan pelbagai gift lagi. Memang tak rugi join JSlovers gathering ni, juga pelbagai aktiviti dan game disediakan.




Dapat kenalan baru bila join gathering ni... sebelah kanan saya, sorang PS jubahsouq yang terkenal iaitu ps sue dan sebelah kiri saya peminat tegar jslovers... heheee


Ini adalah admin jslovers yang berkerja kuat untuk menjayakan gathering kali ini... Admin yang sangatII sporting.. :)


Antara modelII yang mempromosikan keluaran jubahsouq terbaru. Terasa diri ini amat kerdil bila bergambar dengan modelII yang sangat cantik.

Walaupun, agak awkward pada mulanya, yalah..masa pergi tak kenal sesapa, tapi semuanya agak friendly dan memang seronokla. If ada lagi next time, nak join lagi.....In Sha Allah :)




Beraya sambil berjalan di Terengganu (Part2)


posted by Unknown

No comments

As salam semua.....

Pada hari 3, kami dirumah mak saudara, kami bercadang untuk berjalanII di China Town sebelum pulang ke Kuantan.

Sampai di China Town... Apalagi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar ditempatII yang menarik. Setiap lorong di China Town, mempunyai pelbagai lukisan grafik yang sangat menarik.

Fefeling betul bila bergambar... heheheee




Kesian vespa ni tak ada tayar depan dan lampu depan pecah.. kena curi atau angkara vandalism? hmmm...


Itu jela gambar yang nak ditunjukkan.. tak boleh upload banyakII sangat, nanti bosan plak korang tengok yea...Selesai bergambar, kami pergi ke pasar payang untuk membeli keropok dan pelbagai makanan disana untuk dibawa balik ke kuantan.

Itu sahaja coretan saya buat kali ini.. :)






Beraya sambil berjalanII di Terengganu


posted by Unknown

2 comments

As salam semua,

Hari ini saya masih post cerita yang tersimpan dalam draft.. heheee

Raya Haji tahun 2016, saya beraya di Terengganu dirumah mak saudara belah mama saya. Belah suami semua ipar-duai beraya dirumah mertua masingII memandangkan mak mertua dan ayah mertua saya tiada, mereka masih menunaikan haji disana.

Jadi, saya dan suami buat keputusan untuk ikut saudara-mara belah mama saya beraya di Terengganu. Kami bertolak pada petang hari dari Kuantan sehari sebelum raya dan lewat petang juga kami sampai di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Sampai je dirumah mak saudara di Terengganu, kami berehat dulu. Pada malamnya kami berjalanII di Dapo Pata yang famous dan menjadi bualan orang ramai. Agak menarik juga tempatnya, terdapat pelbagai geraiII disana.


Pada esok harinya, masingII bersiap untuk menyambut hari raya bersamaII, bagi yang lelaki mereka pergi menunaikan sembahyang raya. Kami yang perempuan membantu mak saudara menyediakan hidangan dipagi raya.

Setelah semua ada, kami berkumpul dan makan beramaiII.. memang seronok bila dapat berkumpul ramaiII.

Mengayakan jubah dari koleksi Jubahsouq :)

Berfotogedik bersama sepupu..heheee


Petangnya kami keluar berjalanII di Bandar Terengganu dan sempat singgah di Masjid Kristal.


Ini adalah sebahagian rombongan kami yang ke Terengganu.


Sambungan cerita untuk hari seterusnya bersambung di Part2 ok. :)










Jatuh hati dengan JUBAHSOUQ!


posted by Unknown

No comments

As salam,

Da masuk tahun 2017 da.. lama betul tak update blog.. Ada yang rindu tak kat blogger tenggelam timbul macam saya ni... hahhaaaa

Sebenarnya post ni dari tahun lepas lagi.. tapi memang lama betul bertapa dalam draft.. hari ni selongkarII blog, barulah nak post.. hehehee

Bermula dengan tahun 2015, saya mula tengok Instagram jubahsouq, rataII daripada pembeli & peminat tegar jubahsouq memang sukakan jenis material kain dari jubahsouq dan juga design jubahsouq yang nampak moden.

Saya mula rasa ingin mencuba dengan membeli sehelai, saya beli untuk pakai raya haji pada tahun 2015. Memang saya puas hati dan sangat selesa dipakai.

Sejak pada tu, saya mula beli jubah dari jubahsouq.

Antara koleksi yang ada :



Itupun ada lagi 3 helai yang belum pakai.. :p biasala perempuan ni.. masa beli rambang mata.. beli banyakII sampai tak sempat nak pakai... hehehee..

Bergaya dengan baju kurung dari jubahsouq untuk raya pada tahun 2016 :)


Cantikkan jubah dan baju kurung keluaran jubahsouq ni...Memang tak menyesal la beli banyakII dan boleh dipakai bilaII masa...ok. peace! :)