Percutian di Kota Kinabalu, Sabah PART 3


posted by fiza saiza

No comments

As salam semua...

Pada hari ke-3 (isnin) 4 April 2016, kami bercadang untuk ke kundasang.
Jadi, pada pukul 7.30 pagi, saya mula google mencari kereta sewa yang murah,
akhirnya dapat la sebuah Viva manual berharga RM90 untuk 1 hari.

Pukul 8.30 pagi, penyewa kereta menghantar kereta tersebut di depan lobi hotel. Sementara fiq turun bawah ambil kereta saya pula bersiapII. Tak lama kemudian fiq pula naik dan bersiap. Selesai bersiap, kami breakfast dulu di hotel.


Inila kereta sewanya :)

Pada pukul 9.30 pagi kami mula bertolak, memandangkan kami tak tahu jalan, so fiq mula buka waze. Kami bercadang untuk ke rumah terbalik dahulu. Sebab melalui blogII yang saya baca sebelum ini, rumah terbalik lebih dekat dan ia jalan sehala ke kundasang.

Perjalanan ke rumah terbalik cuma mengambil masa dlm 45minit. Pada pukul 11 pagi kami sampai disana. Tiket masuk ke rumah terbalik RM10.60 untuk seorang (dewasa).


Di dalam rumah terbalik, anda hanya dibenarkan melihat sahaja keadaan di dalam rumah terbalik tanpa dibenarkan mengambil sebarang gambar. Tetapi, diluar rumah terbalik kita bebas untuk bergambar.

 

Jom!! Next perjalanan...
 
Setelah melihat sekeliling kawasan rumah terbalik, lebih kurang pukul 11.45 pagi saya dan suami meneruskan perjalanan ke desa cattle dairy farm di kundasang. Perjalanan ke kundasang dari rumah terbalik mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam 30minit.

Sepanjang perjalanan ini, memang banyak roundabout, tapi jangan risau, roundabout yang ada, anda hanya perlu ambil jam 12 je mengikut waze. Laluan ke kundansang juga lebih kurang perjalanan ke genting yang berbukit bukau. Jadi, berhatiII yea.

 
Da nak sampai...

 
Sampai jugak akhirnya..

Lebih kurang pukul 1.30 tengahari kami sampai, tiket masuk RM5 untuk seorang (dewasa). Pemandangan disini sangatII cantik, perasaan seperti berada diluar Negara.


 
Anyway...Alhamdullilah...hari ni genap 2 tahun perkahwinan kami.. 
Happy Anniversary Husband!
I hope our relationship will last longer and insyaAllah we will stay together until jannah.
May Allah bless our life..Amin...
 
Disini kita boleh kasi lembu or kambing makan. Untuk memberikan lembu minum susu, dikenakan harga rm1.50 unutk memberi makan rumput berharga RM1.


Setelas puas bergambar dan lepak di dairy farm pada pukul 2.30 petang kami bercadang untuk pulang ke KK semula.

Semasa perjalanan pulang, saya cadangkan kat suami untuk singgah ke Jalan sulaman untuk makan lokan bakar dan kelapa bakar yang selalu disebutII jika datang ke sabah.

Fiq mula waze dan lebih kurang dalam pukul 3.30 petang kami sampai di deretan kedaiII yang menjual lokan. Harganya juga agak murah RM12.

 
Memang sedapp!! AndaII kena cuba tau!!

Sejam kami disitu, pada pukul 4.30 petang kami meneruskan perjalanan ke pusat bandar KK.

Lebih kurang pukul 5.15 petang, kami sampai di pusat Bandar KK dan kami singgah ke Oceanus Waterfront Mall pula.



Kami berjalanII dan melihat pemandangan yang sudah senja disitu pada pukul 6.00petang.


Dan, pulang ke hotel semula untuk berehat. Malamnya kami cuma melepak di hotel kerana agak penat. Makan malam pun kami just menggunakan room service jer..

 
Lamb chop & chicken chop + orange juice

PART 4


Leave a Reply