Percutian di Kota Kinabalu, Sabah PART 2


posted by fiza saiza

2 comments

As salam semua...

Pakej aktiviti ke pulau saya amik melalui blogII yang pernah pergi ke Sabah dan saya mencari pakej dari Island Hop Ekpress, dan saya dapat berhubung dengan en James (014-8619586) saya booking 2 minggu sebelum ke sabah.

Saya ambil pakej ke 3 pulau termasuk snorkelling dan BBQ lunch berharga RM200 untuk 2 orang. Pada hari ahad pukul 8.30pagi kami da turun dari hotel untuk ke jesselton point. Dari hotel kami ke jeti jesselton cuma 8minit je dengan berjalan kaki. Sangat dekat!!

Sampai kat Jeti jesselton, kami ke kaunter 10 untuk jumpa dengan en. james, kami diberi tiket untuk mengambil item snorkelling dan tunggu bot di jeti.


Pada pukul 8.45pagi kami menaiki bot untuk ke Pulau Manukan, kami diberi masa sehingga ke pukul 12 tengahari. Pulau Manukan memang sangt cantik, airnya yang jernih.

 
BerjamII kami berendam untuk snorkeling. IkanII disini juga senang dilihat nakII pula kalau kita campak makanan ikan. Memang sangat berpuas hati.
 
 
Pada pukul 12 tengahari pula, kami ke destinasi ke-2, Pulau Mamutik. Di pulau ini, kami buat keputusan untuk berehat sambil makan tengahari. Di pulau ini, kami cuma mengambil gambar dan bersantai di tepi pulau sahaja sampai pukul 2 petang.

 
Pulau mamutik juga sangat cantik!!


Kemudian ke destinasi ke-3, iaitu Pulau Sapi... Di pulau sapi, kami beraktiviti lagi di area snorkelling... Fiq la yang lama berendam dalam air, seronok sangat tengok ikanII sambil kasi makanan ikan sampaila ke pukul 5 petang.


 
really love Sabah Islands

 
Memang sangat berbaloi dan puas hati la. Kemudian kami tunggu bot tiba untuk pulang ke jeti semula. Habis sudah trip islands :)

Pada malamnya, kami makan di kedai makan area jeti jesselton sambil menikmati pemandangan malam area jeti yang agak romantik suasananya.

Nantikan sambunganya...

PART 3

2 comments

Leave a Reply